mahligai oh mahligai..

Sunday 24 April 2011

daihatsu move 2011

Daihatsu Move 2011, model terbaru yang dilancarkan oleh daihatsu dibina bermula dari lakaran sepenuhnya telah dikemukakan di Jepun dan merupakan generasi kelima daihatsu move. Perodua Kenari yang pernah menjadi salah satu hot model tempatan yang sebelumnya adalah berdasarkan Daihatsu Move generasi kedua, munkin suatu hari nanti perodua akan mengadaptasikan model ini sebagai Perodua Kenari baru? Kita hanya boleh tunggu dan lihat kerana tiada lagi info terkini dari perodua tentang ingin melancarkan model terbaru buat masa ini.

Daihatsu Move 2011 ini mengunakan enjin KF 660cc yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 52hp dan tork 60Nm dengan bantuan CVT, dan menariknya enjin itu ialah dikatakan sebagai enjin petrol paling menjimatkan. Perjalanan sejauh 27 km hanya menggunakan 1 liter petrol, amat menjimatkan. Antara ciri-ciri lain yang ada ialah sistem butang ‘start-stop’ dan sistem pertama seumpamanya di dunia iaitu i-EGR (i-Exhaust Gas Recirculation) serta pelbagai lagi ciri-ciri baru dan terkini. ‘Kerb weight’ kereta ini hanya 685 kg, penyumbang utama kepada tahap penjimatan petrol.

kereta daihatsu move 2011 ini amat menarik perhatian saya kerana ianya sangat sangat menjimatkan minyak berdasarkan review tentang kereta ini.saya yakin jika model ini diadaptasikan sebagai model terbaru perodua kenari, ianya mempu bersaing dengan model model yang berada setaraf dalam kumpulanya kerana model ini mempunyai kelebihannya tersendiri.persoalanya adakah perodua akan mengambil model ini dan mengeluarkan model baru yang dinamakan perodua kenari baru suatu hari nanti?kita tunggu dan lihat..=)




No comments:

Post a Comment