mahligai oh mahligai..

Tuesday, 26 April 2011

tips penjagaan wiper kereta

assalamualaikum semua..mesti penguna penguna kereta semua pernah menghadap masalah tentang wiper kereta kan..wiper jadi keras la...berbunyi semasa diguna macam kasar sangat permukaan wiper tu dengan cermin..Bilah wiper tersebut terdiri daripada getah yang dibuat khas untuk tujuan tersebut, justeru itu penjagaan wiper tersebut adalah sangat penting supaya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama.

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper iaitu pengilap menggunakan bingkai besi atau soft wiper yang menggunakan getah sepenuhnya, amat sesuai dan terbaru buat masa kini. wiper itu tadi boleh menjangkau usia 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

  1.  Apabila anda letak kenderaan anda, pastikan tetangan pengilap kereta anda diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.
  2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.
  3. Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment