mahligai oh mahligai..

Saturday, 30 April 2011

Kancil L2 dan Kancil L5



Daihatsu Mira L200 TR-XX
Pada tahun 1990. Daihatsu Mira L200 TR-XX dgn nadi penggerak JF-EL 3 Piston , 12 Injap , SOHC dan bantuan Turbocharge Intercooler berjaya menghasilkan 69bhp.

Daihatsu Mira L200S
Pada tahun 1992. Daihatsu Mira L200s Avanzato-R dikeluarkan dgn bodykit yg lebih cantik daripada mira sebelumnya. Masih menggunakan nadi penggerak yg sama tetapi dilengkapi dgn brake disc depan yg lebeh besar. Turbinnya juga telah dipertingkatkan utk menjamin top end. Bahagian dalaman diperkemaskan dan diganti dgn aksesori yg lebih menarik. Casis kereta ini telah dijadikan panduan pada syarikat perodua untuk menghasilkan Perodua Kancil.
Daihatsu Mira L502
Pada tahun 1994. Daihatsu Mira L502 TR-XX dikeluarkan dgn casis baru yg agak berbeza dgn lampu depan dan belakang yg berbeza drpd mira yg lama . bahagian dalamannya dipertingkatkan dgn aksesori yg lebih mewah . kereta ini menggunakan nadi pengerak JB-DE 4 Piston , 16 injap , DOHC dgn turbocharge intercooler yg lebih besar yg masih menghasilkan 69bhp tetapi respon enjin pada low end lebih cepat dan top end yg lebih lancar . Dilengkapi dgn brake disc yg lebih besar pada keempat-empat rodanya.

Daihatsu Mira L502s Avanzato-R4Pada tahun 1995. Daihatsu Mira L502s Avanzato-R4 dikeluarkan dan dilengkapi dgn sistem pacuan empat roda.
Daihatsu Mira L700 Coure (Produa Kelisa)Pada tahun 1999. Daihatsu Mira L700 Coure dikeluarkan dgn casis yg lebih besar serta keselamatan yg lebih baik . Terdpt Dua model iaitu TR dan TX . TR adalah model 4 pintu dan dijana dgn enjin EJ-FE tanpa bantuan turbo tetapi memiliki enjin 1000cc. Manakala model TX adalah model 2 pintu yg dijana dgn enjin EJ-DE dgn turbo dan kapasiti sebanyak 660cc. Daihatsu Mira L512Pada tahun 2001. Daihatsu Mira L512 TR-XX dikeluarkan dan dilengkapi dgn bumper depan dan belakang yg lebih menarik . Lampunya hadapannya diperbuat daripada kristal . Bahagian dalaman dihasilkan lebih cenderung kepada kereta sport mewah .
Daihatsu Mira L512 Avanzato-R42002.
Daihatsu Mira L512 Avanzato-R4 dikeluarkan dan dilengkapi dgn pacuan empat roda

Kereta Perodua boleh dikatakan lebih kerap diubahsuai terutama Kancil yang berbentuk comel serta praktikal untuk diubasuai., enjin L200S dan L500 turbo Mira pula sebaliknya, malah ia adalah jalan terbaik dan satu-satunya pilihan enjin berkuasa termurah jika anda ingin memulihkan prestasi enjin Kancil sedia ada.Seperti lazimnya, enjin yang sempurna, biasanya akan disusuli dengan hiasan ‘ body kit ’ baru yang lebih bergaya. Sinonim perubahan Kancil bernadikan L2,L5 begitu juga dengan hiasan luaran dan dalamannya yang kerap disalin mengikut spesifikasi Mira yang terdiri dari pelbagai model. Kepelbagaian tersebut mendorong peminat kereta tempatan bermain Kancil
Perbezaan antara kancil convert L2 dan L5
Dari segi luaran memang nampak Perbezaan antara L2 dan L5walaupun ader slight diffferent, tu semuer cosmetic jer...
Tapi zaman sekarang ... boleh modifide bodykit tu je

Modifikasi Model Kancil L5
Modifikasi yang perlu dilakukan untuk menukar kancil kepada versi L5
Sesekali pandang ia tak ubah seperti sebuah Daihatsu Mira L502 sebenar. Apetah lagi ia kini hadir dengan keadaan 2 pintu sepenuhnya. tapi kebanyakkannya masih dalam bentuk 4 pintu.. Salinan kepada 2 pintu amat jarang sekali dapat dilihat , rata-rata yang melakukannya bertujuan untuk pertandingan autoshow sahaja. Kalau rasa nak pakai hari-hari, pandai-pandailah bawa diri....Adekah ianya sebuah L502 yang asli? Sebenarnya tidak, ia masih memegang nama kancil seperti di dalam surat beranaknya. Ape yang dilakukan ialah proses modifikasi yang cukup ekstrim untuk tampil menjadi sebuah L502 tulen... emmmm hampir tulin...
Nombor 1: kena ade serkop (air scoop) ..kat bahagian bonet
Nombor 2 : Amaran Modifikasi kancil kepada salinan L5 berkemungkinan JPJ tak lepas jika ade penyambungan welding pada body cuba lihat.. tetapi salinan L2s JPJ lepas.. ni kami bagi tau awal-awal
Nombor 3: Bumper depan tukar
Nombor 4: Lampu juga kasi tukar
Nombor 1: kiri kanan side skirting pada pintu
Nombor 2: Bonet Siap ada skop udara ( air scoop)
Nombor 3: Bumper belakang pun tukar




Modifikasi Versi L2S plak ape citernya?
Kerana terlalu ramai yang mahu menjadikan kancil mereka jelmaan kepada siri Mira L500.. membuatkan kita terlupa akan model-model terdahulu yang cukup populor seperti Mira L200s...sewaktu zaman dahulu L200s dianggap garang kerana rupanya yang jauh berbeza dari model asal sebenar (kancil Standart)..Tak kisah lah L200s pun nampak cantik gak kan seperti yang aku cakap tadi modifikasi salinan L200s lepas dari sebarang sekatan JPJ.. ini pilihan jika tak mau berlaku sebarang masalah... Masih boleh tersenyum ketika melalui sekatan jalan raya. Kalu kena tahan pun rasanya JPJ tak akan sita tapi bagi surat suruh pergi buat inspection .. namun ia tidak menjadi masalah kerana kesemua perkakasan yang digunakan boleh disalin semula tanpa sebarang pengubahsuaian.. Mesti lepas punya...


Barang Half cut L2 seketul bahagian depan




Macam ne nak kenal pasti enjin L2, L2s
Beza kan L2s dengan L2..L2 ngan L2s takde pape beza sangat..
-Semua L2 n L2s 3 silinder SOHC..
-model L200, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V
-model L200s, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V, enjin lebih komponen elektrik, model lepas L200
-kalau L2 ada EFI.. kalau L2S takder EFI..
- L200s ade LSD..L200 xde..
-L2s ada diagnostic box kat sebelah wiper motor...
- cable plug L2s lebih kecil dari L2 punye..
- kotak kat terminal + bateri bso sket dari L2
-meter L2S colour putih ker meter L2 colour kelabu
- halfcut turbo L2S gearbox nyer LSD

Nak dikatakan L2 lagik bagus dari L2s..L2 low compression dari L2s..enjin L2s baru sket dari enjin L2.ada yang kate enjin L2 lebih tahan dari L2s..

Yang Jelasnya perbezaan nya L2 dan L5 ialah..
1. intercooler L2 ada cover steel/alloy manakala L5 cover plastik dan rupanya lebih kemas

2. L2 /L2s Cover head enjin bentuk dia macam Cover head Kancil standert tetapi cover head enjin L5 warna silver/gray...
Kalau L5 ada yang 3 silinder (SOHC) ada yg 4 silinder (DOHC 16valve)Lepas tuh tengok fuel filter besi warna mas dalam engine bay tuh.. belah kiri(belah airfilter) L2 la tuh.. kalau belah kanan( belah bateri) L5 la tu... cover intercooler L5 semuanya plastick ..

L5 ader beberapa jenis iaitu
1.660 cc 3 Cyclinder TwinCam 12 Valve Intercooler Turbo L500 (EF-RL/EF-DET) -TRXX AVANZATO
2. 660 cc 4 Cyclinder TwinCam 16 Valve Intercooler Turbo L502 (JB-JL/JB-DET) -TRXX AVANZATO R
3.660 cc 4 Cyclinder TwinCam 16 Valve Intercooler Turbo 4 WD L512 (JB-JL/JB-DET) -TRXX AVANZATO R4
4.660 cc 4 Cyclinder TwinCam 16 Valve Intercooler Turbo 2 WD L502 (JB-JL/JB-DET) -TRXX AVANZATO X2
5.660 cc 4 Cyclinder TwinCam 16 Valve Intercooler Turbo 4 WD L512 (JB-JL/JB-DET) -TRXX AVANZATO X4

Dan lagi satu, jika bercadang nak membeli enjin Mira Turbo,aku cadangkan lebih baik ambil enjin L200S dari L500S.Sebabnya enjin L2 lebih senang mantain dan juga part-part dalam lebih kurang sama dengan Kancil 660.Enjin Dahaitsu L2s punye part barang adalah sama dengan kancil.Contoh Timing Belt, Top Gasket, dan Oil Filter. Piston dan Rings. Yang paling elok rasanya adalah enjin L2 laa senang jaga dan sparepart pun murah...jika L5 hanya jalan jauh je yang sedap..lagi satu L5 ni Tak leh nak modified dalaman,dah over limit....L5 tidak guna taiming belt..tapi dia guna timing cing..jika enjin rosak..taiming cing L5 susah mau dapat kat kedai sparepart tau...
Klu nak tukar enjin L2 atau L5 ni kenalah pergi uruskan pendaftaran kat JPJ..
Bagi pendaftaran di JPJ,kau orang cuma perlu bawak geran asal,surat A.P (import enjin) dan perlu isi satu borang kat JPJ.Tak perlu buat apa-apa bayaran dan juga tak perlu bawa inspection kat Puspakom kerana enjin sama size dengan kancil.Road Tax pun tak perlu tukar cuma kena inform kat syarikat insuran kau orang aje tentang penukaran nombor siri enjin.
"Ape pun setiap pengubahsuaian yang di lakukan di harapkan tidak menyalahi undang-undang yang termaktub.... Modifikasi hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988... "

Tuesday, 26 April 2011

tips penjagaan wiper kereta

assalamualaikum semua..mesti penguna penguna kereta semua pernah menghadap masalah tentang wiper kereta kan..wiper jadi keras la...berbunyi semasa diguna macam kasar sangat permukaan wiper tu dengan cermin..Bilah wiper tersebut terdiri daripada getah yang dibuat khas untuk tujuan tersebut, justeru itu penjagaan wiper tersebut adalah sangat penting supaya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama.

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper iaitu pengilap menggunakan bingkai besi atau soft wiper yang menggunakan getah sepenuhnya, amat sesuai dan terbaru buat masa kini. wiper itu tadi boleh menjangkau usia 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

  1.  Apabila anda letak kenderaan anda, pastikan tetangan pengilap kereta anda diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.
  2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.
  3. Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. selamat mencuba....

Tips penjagaan bateri kereta

assalamualaikum semua..hari ni saya nak kongsikan sedikit tips tentang penjagaan bateri kereta anda. bateri kereta nie ada dua jenis maintanance free dan bateri kereta bukan maintanance free..bateri kereta nie jangka hayatnya bergantung kepada pengunaan kereta kita, kalau kereta banyak ICE (in car entertainment system) atau senang ceritanya pasang audio la. pendek la sikit jangka hayat bateri kereta tu..ada bateri kereta yang tahan sampai 4 hingga 5 tahun dan ada yang setahun je tahan...tak susah nak jaga bateri nie.. dan saya percaya semua orang boleh buat untuk maintain bateri kereta mereka ke tahap optimum..=)


untuk menjaga bateri maintainance free nie kita kena selalulah check paras air dalam bateri nie..klu kurang kita tambah.maintainance free nie bukan bermakna bateri nie sel kering..tetapi air dalam bateri nie kurang menyejat.

 
kalau bateri bukan maintainance free pulak kita selalu la kena check air. buka penutup air bateri kereta dan check paras air bateri dalam bateri tersebut. kita juga boleh tengok paras air dari tepi bateri sebab kat situ ada indicator untuk air bateri nie.

tips lain untuk penjagaan bateri nie:

  • pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
  • pastikan wire battery dalam keadaan baik
  • Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
  • check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
  • kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.  
Info berguna: jika hari ini hujan, besok cerah, cek paras air bateri, sebab air bateri akan mengejat. kalau bateri yang nyawa-nyawa ikan, akan rosak bateri dia.

Monday, 25 April 2011

suzuki swift concept


suzuki swift concept nie di perkenalkan di geneva. kalau versi swift yang terdahulu engine yang digunakan ialah NA, kod 16A dengan CC 1.6 yang dapat menghasilkan 125 kuasa kuda. tetapi pada model terbaru ini mukin ianya mampu mencapai 200 kuasa kuda!

antara kelainan swift baru ini dengan yang lama ialah lampu hadapannya sudah diganti dengan lampu projektor berkembar. bahagian fog light pula di tambah dengan 3 garisan krom garnish yang menampakan kereta ini lebih garang. saiz fog light juga diganti dengan saiz yang lebih besar.grill depan hitam dengan corak honeycomb ditambah ditengahnya bar berwarna perak.

swift 2011 ini juga mempunyai ruang udara di belakang 'wheel arc' roda hadapan. spoiler belakang di tukarkan kepada saiz yang lebih besar yang menampakkan kereta ini lebih aggresif.swift concept ini juga mempunyai 2 ekzoz dan di bahagian dalamnya pula mempunyai pedal metal, trim hitam dengan stereng yang dibalut kulit. dalaman kereta ini lebih menyerlah apabila bahagian dalamnya dimasukan kerusi perlumbaan recaro paparan dua warna kuning hitam. cantikan kereta ni?haha..kalau saya mampu saya pun nak beli kereta nie suatu hari nanti..=)






Sunday, 24 April 2011

daihatsu move 2011

Daihatsu Move 2011, model terbaru yang dilancarkan oleh daihatsu dibina bermula dari lakaran sepenuhnya telah dikemukakan di Jepun dan merupakan generasi kelima daihatsu move. Perodua Kenari yang pernah menjadi salah satu hot model tempatan yang sebelumnya adalah berdasarkan Daihatsu Move generasi kedua, munkin suatu hari nanti perodua akan mengadaptasikan model ini sebagai Perodua Kenari baru? Kita hanya boleh tunggu dan lihat kerana tiada lagi info terkini dari perodua tentang ingin melancarkan model terbaru buat masa ini.

Daihatsu Move 2011 ini mengunakan enjin KF 660cc yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 52hp dan tork 60Nm dengan bantuan CVT, dan menariknya enjin itu ialah dikatakan sebagai enjin petrol paling menjimatkan. Perjalanan sejauh 27 km hanya menggunakan 1 liter petrol, amat menjimatkan. Antara ciri-ciri lain yang ada ialah sistem butang ‘start-stop’ dan sistem pertama seumpamanya di dunia iaitu i-EGR (i-Exhaust Gas Recirculation) serta pelbagai lagi ciri-ciri baru dan terkini. ‘Kerb weight’ kereta ini hanya 685 kg, penyumbang utama kepada tahap penjimatan petrol.

kereta daihatsu move 2011 ini amat menarik perhatian saya kerana ianya sangat sangat menjimatkan minyak berdasarkan review tentang kereta ini.saya yakin jika model ini diadaptasikan sebagai model terbaru perodua kenari, ianya mempu bersaing dengan model model yang berada setaraf dalam kumpulanya kerana model ini mempunyai kelebihannya tersendiri.persoalanya adakah perodua akan mengambil model ini dan mengeluarkan model baru yang dinamakan perodua kenari baru suatu hari nanti?kita tunggu dan lihat..=)




Saturday, 23 April 2011

Berhati Hati Dengan Barang Audio Kereta Tiruan

assalamualaikum semua..saya sangat berminat dengan audio sistem kereta ni.. kalau boleh saya nak upgrade audio standar viva saya tu..jadi sepanjang membuat kajian tentang barang audio ni saya ada terjumpa maklumat bagaimana kita nak detect barang audio tu original atau tiruan..antara maklumat tentang jenama audio yang saya dapat kumpulkan ialah ROCKFORD FOSGATE, DLS dan KICKER..ni ada sedikit gambar gambar yang saya dapat..

ROCKFORD FOSGATE








KICKER










DLS








jadi itulah sedikit sebanyak yang saya dapat dari hasil kajian tentang produk produk yang terdapat barangan tiruan. memang imitation product ni hampir 99% sama dengan yang original. perhatikan betul betul ketika henda membeli barangan barangan ini .berhati hatilah ketika membeli takut takut membeli dengan harga barang original tetapi  kita dapat barang tiruan. menyesal tak sudah la jawabnya..=) semogo info ini membantu..assalamualaikum..