PERBEZAAN tayar toreh (kanan) yang bunganya lebih nipis berbanding tayar terpakai. - Gambar hiasan
Beliau berkata, pemilik kenderaan mempunyai jangka masa tiga bulan untuk menukar tayar potong kepada tayar yang diluluskan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Menurut Suret, langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.
"Keselamatan kenderaan banyak bergantung kepada penggunaan tayar yang sesuai kerana sekiranya pemilik kenderaan menggunakan tayar yang tidak diluluskan oleh SIRIM, ia bukan sahaja membahayakan diri pemandu dan penumpang mereka malah ia juga akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.
tentang tayar toreh nie..saya sendiri pernah lalui saat saat dimana menyedari tayar yang ditukar di kedai merupakan tayar toreh..bagi tayar yang ditoreh oleh ornag yang dah lama buat kerja kerja nie..hasil kerjanya sangatlah halus sampai sangat sukar nak kesah tayar toreh ni..tetapi biasanya bunga tayar baru tak ada alur atau line kecil kecil diantara bunga bunga tayar..dan tayar toreh ada line kecil kecil nie kalau diperhatikan dengan betul betul..apa apa pun check la masa tayar tu dikeluarkan DOT dan tarik dikilangkan..takut takut tayar da 10 tahun ke 20 tahun ke ditoreh dan dijual semula oleh orang yang hanya nakkan keuntungan..bagi saya orang yang jual tayar toreh ni sangat sangat tak bertanggung jawab sebab membahayakan nyawa orang lain..tambahan jika ianya diluar pengehtahuan pembeli..semoga kita berada dalam keadaan selamat..pastikan tayar anda tidak melebihi tiga tahun dan pastikan bunga tayar masih ada unutk memastikan keselamatan anda di jalan raya..dan jauhi tayar toreh..=)
No comments:
Post a Comment