mahligai oh mahligai..

Wednesday 20 April 2011

cara cara nak DIY sound proofing pada viva chomel anda

assalamualaikum..hari ni saya nak kongsi sedikit tentang sound proofing..sound proof ni ada macam macam jenis. ada untuk engin bay, ada untuk flooring, ada untuk pintu dan bonet. material yang digunakan juga berlainan pada tempat dan bahagian bahagian kereta ni. untuk kali ini saya nak kongsi sedikit tentang cara nak sound proof pintu kereta viva anda. kereta viva nie kurang sikit sound proof pada pintu dia ni, bayangkan pakcik naik ex5 lalu sebelah pun boleh dengan bunyi ekzos dia bila dia lalu lepas kereta kita. ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan bunyi bising dari luar kenderaan masuk ke dalam kenderaan kita. jadi dengan buat sound proof nie kurang la sikit bunyi yang masuk dalam kereta kita tu. nie saya tunjukan step step yang perlu untuk sound proof.

alatan dan bahan yang diperlukan
  1. sound proof (boleh didapati di kedai aksesori kereta dan kedai kereta yang menjual barang audio kereta, biasanya diperbuat daripada tar)
  2. gunting atau pisau untu potong sound proof
  3. skru driver untuk buka skru pada door panel( viva dekat door handle pada pintu sebelah dalam kereta)
  4. glove untuk mengelakan tangan luka

buka panel pintu kereta anda

tanggalkan klip wayar power window pada door panel

buka bahagian pelastik putih atau clear yang menutup rongga pintu kereta  
cuci bahagia dalam pintu dengan kain.

potong sound proof kecil kecil supaya boleh dilekatkan pada dinding pintu
 
 
tampal sound proof pada diding pintu 
 
 
tutup plastik yang cover rongga pintu

pasang klip wayar power window

pasang door panel balik dan siaplah sound proofing untuk kereta anda

bila kita buat sound prof ni. pintu kereta akan jadi berat sikit dan dapat hapuskan bunyi tin milo pintu kereta viva. baru la tak malu sangat nak ajak kawan kawan tumpang kereta. pintu kereta jadi kedap serta solid dan bunyi luar kurang masuk dalam kereta. kualiti audio kereta juga akan bertambah baik. harap guide ini dapat membantu saudara dan saudari untuk mensound proofkan kereta anda.assalamualaikum.=)

1 comment: