"bukan kereta melambangkan diri kita..budi bahasa dan peribadi kitalah yang melambangkan diri kita..."
Friday, 24 June 2011
Saga FL with R3 Facelift
bila la proton nak jual kereta ni..hehe..komfirm nak beli ni..smart kot!!hahahaha..
source: PAULTAN.ORG
Tuesday, 14 June 2011
Myvi 2011 close up
Perodua Myvi baru yang bakal dilancarkan tahun ini terdapat dalam dua versi warna iaitu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
Perodua Myvi Elegance yang dilengkapi dengan automatik transmition dan warna metalic serta spesifikasi paling lengkap, pekej ini bernillai RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).
Perodua juga bakal menyediakan satu kejutan baru dimana mereka bakal melancarkan model myvi 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Dijangka Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Masih lagi murah berbanding model kompak lain seperti Suzuki Swift 1.5, Mazda2, Ford Fiesta, atau sedan murah seperti Toyota Vios 1.5J. Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive berharga jauh lebih rendah, namun dari segi persepsi peminatnya, Perodua Myvi setahap lebih baik.
Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak dan ranggi, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu.
Bagi saya model ini mempunyai daya tarikannya tersendiri serta mempunyai reka bentuk yang menarik.kepada peminat Myvi boleh la buat tempahan di perodua showroom. Deposit sebanyak RM400.00 diperlukan untuk membuat tempahan. Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai 4 jun 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)