ViVa La RaSa
"bukan kereta melambangkan diri kita..budi bahasa dan peribadi kitalah yang melambangkan diri kita..."
Friday, 24 June 2011
Saga FL with R3 Facelift
bila la proton nak jual kereta ni..hehe..komfirm nak beli ni..smart kot!!hahahaha..
source: PAULTAN.ORG
Tuesday, 14 June 2011
Myvi 2011 close up
Perodua Myvi baru yang bakal dilancarkan tahun ini terdapat dalam dua versi warna iaitu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
Perodua Myvi Elegance yang dilengkapi dengan automatik transmition dan warna metalic serta spesifikasi paling lengkap, pekej ini bernillai RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).
Perodua juga bakal menyediakan satu kejutan baru dimana mereka bakal melancarkan model myvi 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Dijangka Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Masih lagi murah berbanding model kompak lain seperti Suzuki Swift 1.5, Mazda2, Ford Fiesta, atau sedan murah seperti Toyota Vios 1.5J. Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive berharga jauh lebih rendah, namun dari segi persepsi peminatnya, Perodua Myvi setahap lebih baik.
Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak dan ranggi, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu.
Bagi saya model ini mempunyai daya tarikannya tersendiri serta mempunyai reka bentuk yang menarik.kepada peminat Myvi boleh la buat tempahan di perodua showroom. Deposit sebanyak RM400.00 diperlukan untuk membuat tempahan. Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai 4 jun 2011.
Thursday, 12 May 2011
Mazda 3 MPS
Mazda 3 MPS..kereta terbaru mazda yang di design kan di jepun dimportkan ke malaysia dan dijual dengan harga RM 179,895.20..kereta ini model hacthback dan mempunyai kelainan dari model asalnya yang lebih dikenali dengan mazda 3..Mazda 3 MPS ini berbeza dari segi skup bonet, reprofile bumper, side skirt dan juga memiliki rim alloy 18 inchi..yang turut diberi penambahbaikan ialah lampu utama yang bi-xenon, spoiler belakang. kereta ini mempunyai engin turbocharge MZR 2.3 liter block DISI. memberikan 256 kuasa kuda pada 5,500rpm dan kuasa tork 380Nm pada 3,000rpm. tak lama lagi mazda akan dipasang di Malaysia..mesti harganya akan turun sedikit..kita hanya tunggu dan lihat..=)
Friday, 6 May 2011
Vivaku berwajah baru
Assalamualaikum semua..saya tengok kereta saya nie pada bahagian body dia ni agak kosong..so saya buat keputusan untuk tambah sedikit sticker pada badan kereta saya..ni saya kongsikan sedikit cara nak DIY stiker body untuk viva..nie gambar dia..
first, cuci kereta sampai bersih terutamanya pada bahagian yang anda nak tampal sticker..
sebelum
selepas
ok tak?hehe..=)
bahan dia terpulang kepada pemilik..atas taste dan colour pilihan anda..sebab harga ticker tak sama..saya mengunakan stiker carbon fiber silver.. 4 kaki X 1 kaki RM30..yang DVVT tu da ada jual kat kedai sticker..
bahan bahan
pisau
pembaris
pensil
tempat/papan memotong sticker(lantai pun boleh)
saiz stripe
bergantung kepada taste pemilik, untuk kereta saya line yang kecik tu 2cm dan yang besar tu 15cm, dan rengangan diantara stiker tu adalah 1cm..
* ukur dahulu body kereta anda baru beli sticker sebab takut tak cukup nanti..beli lebih sikit sebab takut apa apa yang silap boleh diperbetulkan..saya beli sticker nie 4 kaki X 4 kaki..tu pun lebih banyak lagi..ukur dan bajet supaya anda dapat jimatkan kos.
step dalam nak pasang sticker nie pada body kereta..
first, cuci kereta sampai bersih terutamanya pada bahagian yang anda nak tampal sticker..
second, sediakan larutan shampoo atau sabun basuh kereta (kalau sabun basuh baju pun boleh tapi pastikan tiada biji biji kecil yang boleh buat sticker nampak tak sama rata..)
third, sapukan larutan sabun pada body kereta sedikit( untuk memudahkan anda adjust kedudukan stiker pada body kereta nanti)
fourth, sapu sdikit larutan sabun pada sticker dan tampal pada body kereta.pastikan kedudukan stiker betul dan straight.
fifth, ratakan stiker pada body dan buang air sabun yang berlebihan dengan mengunakan kad (kad yang macam kad pengenalan tu..tolak atas stiker sampai air sabun yang dibawah sticker tu keluar)
sixth, setelah semua air sabun dikeluarkan, guna hairdryer heatgun.(lighter pun boleh) untuk bahagian lipatan sticker.lipat sticker ke bahagian dalam pintu kereta dan gunakan hairdryer atau heatgun atau lighter untuk kuatkan lekatan stiker pada body kereta..
step yang terakhir, potong sticker pada ruang pintu depan dengan pender depan, pintu depan dengan pintu belakang, pintu belakang dengan fender belakang.( untukmembolehkan anda membuka pintu nanti..kalau tak potong nak buka pintu macam mana nanti..hehe)
*jika ada gelembung udara disebalik sticker, gunakan kad atau cucuk gelembung tu dengan jarum dan kemudian tekan biar permukaan tersebut rata..
hasilnya..
sekarang body kereta dah tak kosong dah..huhu..harap dapat membantu..selamat mencuba..!!..=)
Monday, 2 May 2011
Proton Saga BLM Neo R3 Concept
untuk spesifikasi dan maklumat lanjut sila layari lama web di bawah.=)
Subscribe to:
Posts (Atom)